decisok

Pelajar wanita maut, 8 cedera dalam kemalangan


KOTA BHARU: Seorang pelajar politeknik terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di kilometer 12, Jalan Pasir Mas-Salor, dekat sini, hari ini. Mangsa Nor Shazwana Mohd Zain, 21, pelajar Politeknik Kok Lanas, meninggal dunia dua jam selepas dimasukkan ke Hospital Universiti Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini. "Akibat tidak sempat mengelak, kereta Perodua Kancil itu hilang kawalan dan merempuh bahagian tengah Toyota Avanza berkenaan menyebabkan kereta yang dinaiki mangsa terputus dua serta enjin tercabut," katanya di sini. Sebuah kereta bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim, di sini, bersama enam ahlinya yang diketuai Mohd Nasir Mamat, berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan terbabit. Fonte: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20100129193850/Article/index_html