dolites

Pembaca beralih ke internet jika media tradisional tidak berubah


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata internet yang mencetuskan satu fenomena perubahan baru di seluruh dunia, membolehkan orang ramai membaca apa sahaja yang ingin dibaca mereka. Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan antarabangsa mengenai Kewartawanan yang Bebas dan Bertanggungjawab di sini, hari ini. Beliau berkata di negara-negara tanpa kebebasan akhbar, majoriti wartawan yang membuat laporan berita mungkin tidak mematuhi standard kewartawanan ini. Rais berkata selaras dengan kemunculan pelbagai isu dan cabaran ini, badan Society of Professional Journalists (SPJ) ditubuhkan pada tahun 1909 di Amerika, khusus untuk menggalakkan amalan kewartawanan yang bebas di samping menjana standard tinggi etika perlakuan. Fonte: http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/51157-pembaca-beralih-ke-internet-jika-media-tradisional-tidak-berubah