foto

Hadiah RM100,000 untuk pendengar KLFM


Pendengar hanya perlu mendapatkan pembayang (klu) yang akan ke udara setiap hari menerusi segmen di KLfm dan membawa pembayang itu berbentuk barangan serta kad kreatif ke lokasi mingguan Showcase Radio Hunt KLfm. Seterusnya pada 20 Mac di Pentas Terbuka, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, manakala 27 Mac pula di Mydin Mall, USJ Subang Jaya, Selangor. Antara artis yang bakal tampil di studio KLfm bagi segmen ini antaranya Bagio (Damasutra), Yantzen, Rahmat (Ekamatra), Joey (BPR), Nash dan kumpulan Kopratasa. Pendengar yang ingin menyertai dan memenangi hadiah menarik atau penggemar aktiviti berkaraoke, boleh mendengar KLfm melalui frekuensi 97.2 fm (Lembah Klang) atau layari laman sesawang www.kl.fm atau http://blog.kl.fm untuk mendapatkan frekuensi di kawasan anda. Fonte: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HadiahRM100_000untukpendengarKLFM/Article